Photobucket //Miss purple ! //NNK
The Owner!



Welcome to my blog. Thank you for reading my entry and follow me .
Navigate!

Stories The Owner Linkies


BIG APPLAUSE !


Template made by : miSCuzDoOdLeZ
Image support by : fAveLous
Best view : Google Chrome



Kesilapanku, Keegoanmu - Siti Nurhaliza

Tajuk: Kesilapanku, Keegoanmu
Penyanyi: Siti Nurhaliza



Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu


0 Being Awesome!
Free Advice from Miss :)

Assalamualaikum , hai semua . Dah lama tak update kan? Apa? Ada org rindu saya? hehe terima kasih, i miss you too :) haha #perasan jap . Okay, so sekarang ni saya nak kongsi dengan awak2 semua, tentang beberapa nasihat yg berguna,insyaallah. Okay, tahun lepas saya share tentang kisah 'patah hati' right ? urm, bagi saya tahun lepas ialah tahun yang mencabar dan banyak dugaan yg mendatang. Tapi, alhamdulillah, saya mampu bertahan dan kuat sekarang, walaupun tak sekuat dan segembira dulu, tapi at least saya cuba utk move on ! Sebab ada sokongan dan org2 yang memberi semangat pada saya, nak tahu siapa? Ibu bapa, kawan2 yang tercinta tak lupa juga pada adik-beradik saya yang memahami. Bila dah ditimpa sesuatu, barulah kita meminta bantuan Allah s.w.t kan? Sikap sebegini tak elok sebenarnya kawan2 ! Kita sepatutnya harus selalu ingat dan mendekatkan diri pada yang Esa. Kerana dia mengetahui segala-galanya yang kita tidak tahu. Dear friends, ingat ni, Allah tidak akan memberi ujian kepada umatnya melebihi kemampuan umatnya, kerana Allah lebih mengenali kita. Jika awak2 semua diduga dengan ujian daripada-Nya, ingatlah bahawa sebenarnya awak mampu untuk menghadapi ujian yang mendatang itu. Jadi, kuatkan semangat awak dan ingat bahawa Allah selalu ada dengan awak !

     


Okay, itu kisah tahun lepas. Yang berlalu, biar berlalu. Usah dikenang lagi. Cewah2, hahaha nampak x kepoyoan dari segi ayat di situ ? hehe. Tahun lepas dah sedih2, takkan tahun ni pon sama kan? Kita haruslah maju ke hadapan, takkan selamanya kita nak bersedih kan. La Tahzan ! Usah bersedih lagi okay? Kita kena lah happy pulak, jangan sedih2 lagi okay sayang ? Xguna kita sedih sebab cinta, jika org itu jujur menyayangi kita dia takkan buat kita sedih, dan takkan tinggalkan kita. Semua berlaku itu ada hikmahnya, insyaallah satu hari kita akan jumpa seseorang yang betul2 menyayangi kita dengan seikhlas hati kita. Jodoh itu telah ditentukan oleh Yang Esa. Kita teruskan hidup dan insyaallah kita akan bertemu dengan 'si dia' satu hari nanti. Nanti kalau awak2 semua dah nak diijabkabul, jemput2 lah saya, nak jugak merasa nasi minyak awak tu :) . Insyaaah miss akan doakan awak2 semua bahagia dan kekal sampai ke jannah ! Amin~

 
Bersabarlah menunggu cinta sejati


Miss harap awak2 semua akan bahagia suatu hari nanti, insyaallah, miss akan doakan awak2 semua okay ? Doakan kebahagiaan miss jugak k? Mungkin kebahagiaan itu tidak datang sekarang, mungkin kebahagiaan tidak datang dengan cepat, kerana apa? Kerana Allah nak menguji kesetiaan kita pada-Nya. Jadi sayang, dekatkan lah diri awak denganNya. Tapi percayalah kebahagiaan akan datang juga kepada kita nanti. Bersabarlah wahai sahabat-sahabatku ! Sabar itu separuh daripada iman.





 





0 Being Awesome!
kem ^_^

okay , assalamualaikum semua.. hari nie, aisha nak kongsi citer tntg kem yg aisha pergi . Kem tu berjalan selama 3 hari 2 malam. Haa, nampak sekejap je kan tempoh masa kitorg kat sana? Tapi mcm2 kejadian yg berlakuu taw. Ada klakar, sedih, terharu, bengang, pelik, seram pon ade jugak taw ! Okay, citer dia panjaaaaannggggggg sangattt2 . Tapi biar aisha pendekkan ye !!

FIRST DAY
Sampai je kat situ, kitorg semua diberhentikan kat tepi dewan, tapi nampak gayanyer mcm kene tinggal kat tepi jalan je taw x? hahaha kitorg semua pon turun drpd bas and bawak beg masing2 yg berat2 itu. Pastu kitorg pi minum petang, solat asar and then dgr taklimat kem dan pemilihan ahli jawatankuasa kem. Err, faham x ape mksud ahli jawatankuasa kem tu? Maksudnyer , penghulu,penghuluwati, and lain2 lagi.Mula2 dtg situ, semua nampak berseri-seri tapi bila fasi-fasi tu keluarkan arahan '' Serahkan handphone anda'' hahaha semua muka monyok + muncung + merungut + sedih, semua ade laa. Lebih2 lagi siapa yg ade bf/gf laa kan? hahaha kesian2 .Okay then aq dgr akaq tu ckp sape nak VOLUNTEER utk pemilihan ajk kem tu. So, aq igt sape nak volunteer cadangkan nama calon2 penghulu and lain2. Aq pon angkat tangan utk cadangkan nama sorg kakak nie, tiba2 kakak fasi tu suruh aq tulis nama aq utk jadi penghuluwati. Aq pon bertikam lidah ngn akaq tu kat depan semua peserta kem. Tapi diorg x dengar laa. Hahaha malu laa aq kalau diorg dgr. Urm, at the end aq pon tulis laa nama aq BESAR BESAR kat whiteboard tuh dgn hati yg terpaksaaaa , aq xnak sbb ramai lagi kakak form 5 yg ade tapi aq jugak yg kene . Aq takut gak, sbb akaq tuu garang, kang xpasal2 dia tampor muka aq plakk. Seramm mehh !! Hurm, lepas aq tulis je nama aq tu, aq balik kat tempat duduk aq and secara tiba2 aq menangis. Hahahaha weird right? Tapi aq da geram giler sampai x bole nak buat apa2 sbb tu aq nangiss :(

Hurm, lepas kitorg dilantik, tibalah masa utk memilih ahli2 yg akan tidor sebilik, satu bilik lima org, so kitorg pon pilih laa member2 yg akan tidor sama dalam satu bilik. Actually, kitorg ambik member2 yg satu skolah and yg rapat ngn kitorg . Okay, aq dapat bilik no.16 and member2 aq ialah semestinyer Syifaa, Shafiqa, Ain and ade sorg kakak skolah sg.buaya, nama dia kak Affa.

Kitorg diberi masa utk bersih2 kan diri and ready for solat maghrib. Lepas solat, kitorg ade akitiviti ambik biodata kawan yg bukan satu skolah . 5 girls and 5 boys. And then, kitorg kene tulis penyanyi yg paling kitorg minat, hahaha klu org yg dekat ngn aq mesti fikir and tahu aq akan tulis HAZAMA tapi x, hati aq ckp HAZAMA tapi otak aq ckp GIRL GENERATION , tapi tangan aq tulis TAYLOR SWIFT . hahahaha then, Pak Din ( cikgu yg jalankan aktiviti ) pon suruh cari kawan2 yg tulis artis yg sama. Haha nasib baik aq tulis TAYLOR SWIFT jadi ahli kumpulan aq ialah SYIFAA (semestinyer) AIN (of course) and AFIFAH SMKBS 2 & SYIRA SMKBS 2 gak. Fuhh, nasib baik diorg ni sporting ! Next, kitorg dapat tugasan utk mem'parody'kan lagu apa2 yg kitorg suka berkaitan ilmu. Err, korg paham x? klu x buat2 paham sudahh. Hahaha tapi sebelum tuh aq and group aq nyanyi lagu TAYLOR SWIFT , ni lirik yg kitorg nyanyi '' WE ARE NEVER EVER EVER , GETTING BACK TOGETHER '' hahahaha giler sporting arh ahli2 group aq nie. Okay after that , kitorg kene nyanyi lagu yg kitorg parody kan then masuk tidor !! :)


SECOND DAY
Okay, kitorg bgun awal2 pagi and solat subuh berjemaah. Lepas tuh kitorg kene masuk bilik siapkan diri utk senam robik pukul 7.00 nanti. Okay aq ngn kawan2 aq pon suka2 la masuk bilik. Kitorg nyanyi2 , happy2 tiba2 akaq fasi yg garang tuh (KG = kakak garang) hahaha datang and ketuk pintu bilik kitorg. Dia ckp mcm nie, haa pukul bape nak kluar nie? Semua org dah tunggu korg kat dewan dahh. Kitorg dgn kelam kabut pon terus keluar bilik and terus pecut ke dewan. Haha malu jugak laa, sbb lewat . After senam robik, lelaki keluar breakfast dulu, perempuan kene tunggu dlm dewan dan kene denda. Kene denda sbb ade peserta yg lewat kluar bilik utk solat subuh berjemaah and ade yg xkeluar lgsg. Pastu diorg yg bersalah itu kene berdiri dan tgok peserta lain kene denda tekan tubi. Fasi-fasi tuu ckp, peserta yg bgun awal and solat berjemaah pon salah jugak sbb x kejut diorg yg xsolat berjemaah ni. Tiba2 ade org mention ''bilik penghuluwati keluar lewat jugak'' . Dan xpasal2 kitorg kene berdiriii !! Then, kak affa ckp dkt kakak fasi tuh, kitorg x bersalah ! Sbb kitorg solat berjemaah skali dgn diorg ! Kitorg pon kene duduk balik. Tapi yg untungnye kitorg xkene tekan tubi or berdiri. Hahahahaha nasibb ! ;) Tapi, klu nak diikutkan penghuluwati kene laa kejut diorg. Tanggungjawab kann??!! Haha tuu laa aq xnak tapi kene paksa. Hai, saboo je ler. Urm, after that baru kitorg breakfast. Dan lepas senam robik tuh, kamera shafiqa and ain serta duit syifaa hilang. Menggelabah kitorg selongkar satu bilik tuh, selongkar beg masing2 tapi x jumpa :( Sedih bai ! Sampai skrg xjumpa2 . Hurmm, kalau nak diikutkan, mmg byk aktiviti yg kitorg buat. Tapi aq pendekkan citer. Malam tuh, malam terakhir kitorg. Okay, pada malam terakhir nie laa yg agak menyeramkan cikit. Penghulu kitorg nama dia Amin dari skolah sg.Buaya. Dia kene kira dak lelaki. Alaa, dak lelaki cikit je, bole citerr laa. Budak lelaki ade 31 org je. Then, aq kene kira bdk perempuan . So, aq kira laa. Semuanya ade 94 org, then diorg suruh aq kira balik . Aq kira balik ada 97 org. Diorg suruh aq kira lagi sbb yg berdaftar hanya 89 org shj. Okayy, seram kan? Bukan, aq sorg je yg kira taw, kakak2 fasi tu dan penghulu pon kira skali. Masing2 dapat jumlah yg berbeza.  Last2 diorg suruh kitorg berpecah dan duduk dalam group bilik masing2 . Kira punya kira punya kira ade 90 org. Huh, baru dpt jumlah yg betol,tepat, dan benar ! Setengah jam jugak laa, nak kira jumlah yg sebenar. Pastu, Pak Din suruh aq bahagikan semua budak perempuan dlm 11 kumpulan shj. Aq pon bahagikan diorg dan main aktiviti yg Pak Din buat. Aktiviti tu memerlukan kepekaan . Bukan kepekakkan. Hahaha best jugak laa. Tapi, dlm pada kitorg enjoy2 tuh, sedih pon ade gak sbb kamera2 still xjumpa lagi. Haih, aq pon nangis jugak bila tgok bestiee2 aq nangis.. Kesiann diorg. Langhabau betol laa pencuri tuhh. Haishh, geram nie geram taw x? hurm, and malam tuh, kitorg tidor berganti sbb takot budak pmpn kene denda lagi.




 LAST DAY
Aq bangun pagi2 siap ambik wuduk and terus ketuk pintu bilik budak2 pmpn dan kejutkan diorg bangun solat subuh berjemaah. Lepas tuh kitorg breakfast and buat aktiviti yg terakhir. After that kemas2 barang dan kosongkan bilik, dan berkumpul dalam dewan. Kitorg dapat phone kitorg balik, ustaz/ayah yg bagi kitorg punya phone. Dia panggil sorg2 utk ambik phone kat depan. Mcm2 jenis phone ade taw. Ade plak bbrpa org budak tuh, smpai 5 phone dia bawak. Hahaha ramai awek laa kot. Pastu, aq dpt phone dulu drpd  Amin tuh, oh lupa nak ckp, dia form 5. Bila dia dpt je phone trus ayah/ustaz tuu ckp, ''haa ni mesti dapat mesej drpd penghuluwati nie''.  Hurmmmmmm aq diamm je , buat don't know  :p hahahaha . Dalam perjalanan balik tuh kitorg singgah masjid sbb budak lelaki kene pi solat jumaat . And sebelah masjid tuh sawahhh !!!!!

Hahaha bdk2 skolah lain pon berhenti jugak kat masjid tuh. So, kitorg semua jumpa balikk. Hehehe okay, aq dgn gayatnyer ( sbb xpernah pergi sawah ) tarik kawan2 aq pergi sana. Kitorg pon tangkap gambar kat situu. Bestt sangatt2 . Tiba2 ade sorg pak cik tuu ckp, '' hati2 takut ade ular'' aq pon dah takut laa, nak lari naik atas, tapi aq tgok kawan2 selambeer je , aq pon turun balikk hahahaha lepas diorg abis solat, kitorg cepat2 naik bas. And sepanjang jalan tuu, semua tidor kepenatan. Aq plak xbole nak tido sbb pening . Kawan aq ckp aq mabuk bas?? haha pon bole.. pelikk betol tapi aq rase yee. Sblm bas jalan, budak2 lelaki skolah lain, mintak nombor kat bdk pmpn skolah kitorg. Hahahaha ntah pape ntah. Dalam prjlann kitorg nak balik bole dikatakan ramai jugak laa yg nak bluetooth lagu kem kitorg. Nak taw lagu ape? Best taww lagu niiee, hayati lirik dia k, amat2 bermakna utk kite semua . Lagunye ialah REALITI INSAN-SANTEEKEE .

Okayy, byk bnde aish nak kongsi. Tapi tggu laa post yg seterusnya k. Okayy pubbay assalamualaikum

0 Being Awesome!
~sebagai renungan kita bersama~

                           ~~> muhasabahlah diri anda setelah membaca
                                                              ceritera pendek ini....


anak--> mak nak duit.

mak--> maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.
   
anak--> kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.

mak--> bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untu membeli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak--> arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak--> jangan cakap macam tu nak. tak baik. kecian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

anak--> ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak nyusahkan orang...dah mati pun nyusahkan orang...

emak--> nak tahu kenapa ayah kamu ninggal?

anak--> alaa mesti kes jenayah la tu.

emak--> yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. pernah dia lafazkan kata kata ini "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dpat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."

anak--> mak ckap apa ni?

emak--> buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.

anak--> ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."

emak--> inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..

anak-->emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membel hidup kita sekeluarga..

emak--> alhamdulillah..syukur kepada Allah..

~sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah lagi, berbuat baiklah kepada mereka, selagi anda masih mempunyai mereka, saya mohon, tolong hargail ibubapa anda wahai rakan-rakan yang ku sayangi sekalian, kepada yang dah kehilangan mereka sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka di sana...

0 Being Awesome!